3 Tahun (part 1)
February 4.2.2014
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Mohon 10 jari dan ampun maaf kalau ada yang terasa atau triggered apa yang cuba saya luahkan.Ini ada benar terjadi pada diri saya.Bukan lakonan atau membaca skrip ✌😁
*****************************************
February 1.2.2014
12.30pm
Pandamaran jaya
Aku berhenti belajar dan tinggalkan impian aku yg tinggi, (kononnya) aku musnahkan harapan abah dan mama , (maafkan adik) aku bekas pelajar Diploma of Management Law,USM penang.
Aku sanggup tinggalkan semua itu, kerana seorang yang bernama ABAH.Ya,aku memang anak manja abah,aku memang tidak boleh berpisah sekalipun dengan abah,sedangkan dah sambung belajar, aku masih menangis,sebab rindu suara abah.
Ok,balik pada cerita,aku tinggalkan semua itu, sebab abah sakit teruk,(kanser pankreas tahap 4).Dah bertahun abah sakit dari aku tingkatan 4 lagi.Berulang-alik mama abah ke hospital KPJ SEREMBAN.Sampai doktor sendiri pening tak tahu apa sakit abah, dah CT SCAN tak jumpa apa² lagi.
Abah kerap mengadu sakit perut,makan kurang selera,asal makan muntahkan balik.(masa abah pergi kpj tuh dah lama tahun 2012,ini saya ringkaskan tau)
1.45pm
Pandamaran jaya
Lepas aku berhenti belajar (sambung balik) aku kena hentam dengan mama,mama marah aku kaw² *walaowei*
Yela,mak mana xmarah anak kan? Aku pun diam,angkat kaki keluar rumah,panggil anak buah aku teman pergi cari kerja dalam kawasan klang (kawasan perumahan aku) , aku pergi 99speedmart , Econsave , Kedai telefon, last sekali 7Eleven (hah, kat sini aku jumpa marka,nanti aku cerita hah)
Dua kali aku hantar borang kat 7Eleven nak mintak kerja , terdesak punya pasal nk kerja,duduk umah melanguk buat apa, lain la ada pc boleh gaming (sekarang dah ada sebiji,alhamdulillah,set² biasa je)
7.30pm
Pandamaran Jaya
Aku baru balik umah, abah tengah siap² pakai baju, mama baru mandikan , kurusnya abah, Allahu sedihnya aku tengok abah macam tuh,dari badan berisi muka bulat ,lahni cengkung sahaja.Sayang punya pasal, aku takda la tunjuk sedih depan dia, nanti dia nangis.
Hari duk tanya aku "adik sayang abah tak?,adik nak nakal lagi tak?, abah takda nanti jaga mama,janji?" . Hari² dia duk ulang soklan yang sama. (Bila mama pergi dapur atau tandas).
Anak mana tak sayang ayah, aku ni dari kecil dengan abah,apa aku nak dia tunaikan.Hang nak laptop,nak kasut baru, nak ps,nak itu ini, petik jari , dah ada depan mata.Jujur katakan, aku ni dulu riak,sombong, show off apa yang aku ada, biasalah otak mentah hahahaha.Tapi bila fikir balik tak guna kau tunjuk kat orang sana sini, bukan duit kau pun, duit mak pak hang jugak.Menumpang kesenangan orang tua,lain la hang usaha sendiri itu aku tabik .
******************************************
February 2.2.2014
8.00am
Pandamaran jaya
Mama abah gerak pergi hospital.Aku hulur tangan salam abah,yg rasa tenangnya abah letak tangan dia atas kepala aku , dia usap² pastu dia jalan keluar naik kereta. (Masa ni kami dah balik klang semula)
Aku macam biasa tunggu panggilan dari tempat kerja.Siap sambung balik tidur kau, dari semalam membuta tengok youtube (laptop) sampai ke pagi,jiran sebelah cakap "mata kau ni mata stim,mengantuk je".
Okay nanti aku sambung balik ye. Nak buat kerja sikit .
Tunggu tau
No comments:
Post a Comment